Wednesday, January 12, 2011

rambutbarudanny:)

rasa semakin semak rambut panjang dan tebal . haha :) kononnya nak tiru NOH HUJAN la . haha . tapi rasa ketinggalan zaman pulak . so danny amik keputusan untuk potong rambut ala-ala jepun . haha :) tapi rasa kelakar sebab walaupun danny ini berkulit gelap ada juga orang kata danny dari jauh mcm rambut perumpuan .:)))

so lepas keja pada 11.1.11 danny terus balik . tak terpikir nk potong mulanya , tetapi danny kan dah ada kerjaya kena profesional sbb danny bkn bos so korg paham-paham la danny ini _____(kuli) . haha :) ok sambung balik cerita di atas , danny punya kurang pandai ini pergi mandi pulak . adoi dah rasa nak pergi potong buat apa nak mandikan . haha . tapi sebenar danny nak solat dulu sebelum pergi saloon tu . after solat danny drive dan pergi ke saloon itu dgn seorang rakan nama dia raj(unisel TESL) . dia cuti sem breaks .


masa dah sampai di saloon danny terus dduk atas kerusi dan buat macam rumah sendiri plak . haha . then datang seorang amoiii lawa seyhh dia tanya begini

amoi : you mahu potong mcm mana ?
danny : you kasi trim sahaja la .
amoi : you mahu stim ?
danny : danny ckap trim la , bukan stim . gelak besar danny.(rupa2 amoii yang comell ini telinga dia %$)

Selepas potong rambut :)

Friday, December 31, 2010

Hidup Malaya !!

Alhamdulillah kerana pasukan bolasepak kita dapat menjurai PIALA SUZUKI AFF 2010 . Walaupun kita mempunyai halangan daripada pihak INDONESIA kita masih dapat mengawal emosi dan mental . Danny bangga kerana pasukan bimbingan K.Rajagopal dapat menewas pihak lawan menggunakkan akal fikiran . Kalau dulu pasukan kita play hard not smart tetapi kali ini transformasi yang begitu ketara .:)


Walaubagaimana pun Danny tak pernah pudar menyokong pasukan MALAYA dari kecil lagi :) So Danny nasihatkan kepada semua rakyat biarlah kita sama-sama susah walaupun kita ini sebagai penyokong sahaja . Kita sebenar saling bergantung . Mereka perlu kita supaya mereka lebih semangat dan kita perlu mereka sebab nanti PM senang selalu bagi cuti umum . .hahaha:)

AUMMMMMMM

Sampai mati hidup saya seorang malaya:) DANNY ULTRAS

Tuesday, December 28, 2010

360HARIYANGBERLALU :)

EEEEIIIISSS ! SUDAH DIAMBANG TAHUN BARU KITA . SEKEJAP PULAK MASA BERLALU , RASA SEPERTI SEMALAM SAHAJA BUNYI MERCUN TAHUN BARU , INI TIGGAL BERAPA HARI SAHAJA AKAN BUNYI MERCUN AWAL TAHUN . MENOLEH KEMBALI MELIHAT APA PENCAPAIAN TAHUN 2010 MEMBUATKAN KADANGKALA OTAK RASA FIUSS ! TAK BANYAK SEBENARNYA DANNY DAPATKAN LAKUKAN SELAMA 360 HARI . 

Selamat Tinggal 2010 :(



Itulah tepat sekali kata orang tua , perkara yang lepas jangan dikenang , kalau dikenang seksa jiwa .:) Jika Danny kumpul setiap hari seringgit sekarang mesti dah ada RM360 . Boleh beli kasut . eeiiissss ! :( . Rasanya dugaan terlalu besar dalam mencapainya , memerlukan ketahanan emosi dan fizikal .Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan ; dan kepada KAMI-lah kamu semua akan dikembalikan . (Al-Anbiyaa':35)

Saturday, December 25, 2010

AZAM BARU DAN JADUAL HARIAN :)

Salamullah semua rakan-rakan Danny . Pada tahun ini 2011 Danny akan membuat azam baru dan buka diari baru . Minta maaf jika sebelum ini Danny ada buat salah ke , tak balas komen facebook or ym . Bukan niat Danny tak membalas tetapi waktu kerja Danny terlalu busy . Kadang kala Danny pun tak pergi lunch . So harap rakan-rakan Danny faham kerjaya Danny . Danny akan luang masa bersama rakan-rakan . Nak minum teh tarik hujung minggu boleh la . :) . 

Azam baru Danny ialah :

1. Danny nak menjadi anak yang soleh
2. Danny mahu kerja bersungguh-sungguh sampai mahir
3. Danny nak kumpul duit sendiri dan beli kereta sendiri
4. Danny akan buat bisnes online dan harap berjaya . . .
5. Danny mahu mencari GIRLFRIEND 

Inilah azam Danny bagi 2011 . Apa azam kawan-kawan ? Beritahulah Danny . Kita berkongsi bersama-sama

Thursday, December 23, 2010

Renungan Bersama :)





Kita tahu…. hidup hanya sementara
Tapi kenapa kelakuan kita seperti mencerminkan bagai kita hidup selama-lamanya di dunia ini?

Kita sememangnya tahu sangat alam kubur dan alam akhirat itu ada..
Tapi kenapa kelakuan kita seperti alam kubur tu lambat lagi untuk kita.

Kita bercita-cita nak masuk syurga
Tapi amalan kita hanya cukup makan

Kita takut sangat masuk api neraka. Nauzubillah
Tapi kenapa kelakuan kita seperti kita dah bersedia nak dijilat api neraka.

Sedangkan di dalam Al-Quran sudah jelas

Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah- megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya menggembirakan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.

Jelaslah kita tahu tapi buat tak tahu….

Ya Allah kuatkanlah iman kami, jauhkan dari godaan Syaitan. Kami tak mahu bersama mereka di dalam api neraka,kami mahu bersama ahli syurga, bersama kekasih kami Nabi Muhammad, para anbia, para syuhada dan sebagainya.

Monday, December 20, 2010

Hukum Tattoo

"Afwan, ana ingin pencerahan tentang hadits dalam kitab terjemahan Shahih Muslim, Dari Ibnu Umar ra katanya, 'Bahwa Rasulullah SAW mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambung, dan mengutuk pembuat tatto dan yang meminta tatto.' Yang ingin ana tanyakan, untuk orang yang bertatto kemudian karena hidayah Allah sehingga ia ingin bertaubat, bagaimana dengan tatto yang telah ada ditubuhnya apakah harus dihilangkan walaupun dengan menyiksa dirinya? Jazakalloh khairan"



Menghilangkan Tatto

Syaikh 'Abdul'aziz bin Baz rahimahullah menjawab pertanyaan yang sama, "Ketahuilah bahwa mentatto tubuh adalah haram, karena Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam mengutuk orang yang menyambung rambut dan orang yang meminta rambutnya disambung, dan mengutuk orang yang mengerjakan tatto (pada orang lain-) dan orang yang meminta tatto.
Jika seorang muslim melakukannya tanpa tahu bahwa itu adalah haram, atau terjadi padanya ketika dia masih kecil, maka dia harus menghilangkannya ketika dia telah tahu. Tapi jika menghilangkannya terlalu sulit atau dapat membahayakannya, maka cukuplah baginya untuk bertaubat dan meminta ampun, dan tidak menjadi masalah jika tanda (tatto) tersebut tinggal di tubuhnya." [disalin dari situs islam question and Answer (islam-qa.com)]


HUKUM TATO DI TUBUH

Al-Lajnah Ad-Daimah Lil Ifta ditanya, "Apa hukum mentato bagian tubuh,
apakah keberadaan tato tersebut merupakan halangan baginya untuk melaksanakan ibadah haji?"
Diharamkan mentato bagian tubuh, berdasarkan hadits Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, bahwasanya ia bersabda, "Dilaknat wanita yang menyambung rambut dan wanita yang meminta untuk disambungkan rambutnya, wanita yang mentato dan wanita yang meminta untuk di tato." Termasuk tato yang dilakukan di pipi, bibir dan tubuh lainnya, dengan mengubah warnanya menjadi biru, hijau atau hitam.
Bertato tidak menjadikan halangan untuk melaksanakan ibadah haji.

HUKUM ORANG YANG TIDAK TAHU HARAMNYA TATO

Lajnah Ad-Daimah Lil Ifta ditanya, "Ibu saya berkata, bahwa di masa Jahiliyah, sebelum tersebarnya ilmu, ia pernah menggambar lingkaran (membuat tahi lalat) di dagunya, tapi bukan tato yang sebenarnya. Namun ia melakukannya karena kebodohan dan tidak tahu apakah perbuatan tersebut haram atau halal. Saat ini kami ketahui bahwa orang yang meminta untuk di tato itu terlaknat. Mohon diberi pengertian, semoga Allah memberi anda kebaikan."

Diharamkan mentato diseluruh tubuh, baik tato sempurna maupun yang tidak sempurna. Hendaknya ibumu membuang tato tersebut jika tidak membahayakan dan bertaubat serta istighfar atas apa yang telah diperbuatnya dahulu

Friday, November 26, 2010

Apa yang anda cari .

Apa yang anda cari???

Saya bukan mencari Melayu...
Saya bukan mencari Cina...
Saya bukan mencari India...
...Saya bukan mencari Kadazan...
Saya bukan mencari Bidayuh...
Saya bukan mencari Orang Asli...

tetapi saya mencari kaum muslimin (orang Islam)...
kerana mereka adalah saudara saya dan tidak kira dimana mereka berada...
Bersatulah diatas nama ISLAM......