Friday, November 26, 2010

Apa yang anda cari .

Apa yang anda cari???

Saya bukan mencari Melayu...
Saya bukan mencari Cina...
Saya bukan mencari India...
...Saya bukan mencari Kadazan...
Saya bukan mencari Bidayuh...
Saya bukan mencari Orang Asli...

tetapi saya mencari kaum muslimin (orang Islam)...
kerana mereka adalah saudara saya dan tidak kira dimana mereka berada...
Bersatulah diatas nama ISLAM......

Wednesday, November 24, 2010

Cara-cara Assalamuailaikum


                                                                                        

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)"

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89) 



السلاما=keamanan.....





baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...




Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.



Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.




Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”



Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”




dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”




Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,




saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.



Jawab salam yang betul ialah ;




“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ; 




“WAALAI KUM SALAM”




Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata




“Kirim salam, assalamualaikum pada ZIZAH ye” contoh lerr…




Dan bukannya : “Kirim salam kat ZIZAH yer”




Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.




Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!




Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.




Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.



Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.




Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.




Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.





Sekian, semoga ada manfaatnya.














Wahai orang-orang yang beriman!
Taatlah kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berpaling daripadanya,
sedang kamu mendengar (Al-Quran yang mewajibkan taatnya).
Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (kafir dan munafik) yang berkata:
“Kami dengar”, padahal mereka tidak mendengar (tidak mahu menerima dan mematuhinya).
Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi (hukum dan ketetapan) Allah,
ialah orang-orang yang pekak lagi bisu,
yang tidak mahu memahami sesuatupun (dengan akal fikirannya)

A K A R N Y A


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِي





Sebelah utara semenanjung masa silam banyak pondok-pondok ugama didirikan,maka para pendidik masa itu berfikir bagai mana agar islam itu bersatu dibawah satu jemaah agar yang baik,berilmu dan bertakwa boleh mendidik masarakat setempat dan yang jahat atau yang kedeber menjadi baik dibawah satu jamaah atau satu bumbung.Maka dalam musawarah antara guru-guru agama masa silam bersefakat bersatu dalam satu jamaah yang dinamakan jemaah 30,yang bermaksud berpegang teguh dengan agama Allah,amalmakrufhanimungkar ,quran 30 juzuk menjadi pegangan dan islam ditegakkan dimuka bumi ini.
Terlalu sukar untuk mengetahui pergerakkan ini kerana sudah di ikat janji dengan perjanjian quran 30 juzuk sebagai saksi.
Masa itu 100% adalah orang-orang Pas...Pas bergerak dengan jayanya..dibawah pimpinan tok guru pondok ini..masa itu 80% pemimpin pas adalah orang-orang ini..... sehingga sekarang pun ada yang di bawah jamaah ini.
Dibawah MB osman arof kalau tak silap saya perkara ini terbongkar lantaran seorang dua orang-orang 30 ini masuk ahli umno.
Disini bermulanya perpecahan..orang-orang umno masok jarum dengan mengatakan pertubuhan ini adalah pertubuhan haram ...(dengan rengkasnya) selepas itu maka ujudlah pertubuhan pekida yang telah diluluskan kerajaan dan penaungnya dipimpin oleh orang tertinggi kerajaan dahulu (umno).
Berlaku lagi perpecahan orang-orang umno isi borang pekida dan orang-orang Pas tetap dengan 30 perpecahan ini berlanjutan sehingga sekarang.....
Sekarang ini orang-orang pas dah tak ambil tau perkara ini lantaran perpecahan ,mereka lebih senang dengan satu bumbung yakni PAS (Parti Islam Semalaysia).
Sekarang sudah diambil alih oleh songkok tinggi yang orang terdahulunya pakai kopiah putih.
selanjutnya cari lah sendiri...


att : Kepada yang baru berbai ah tu jangan lah burukkan nama agama , bangsa dan tanah melayu . Kita bukan gangster . Rapatkan hubungan kita . Jangan tindas org kita . Minta maaf jika saya terlebih . Salam perkenalan dan renung-renungkan . . :)

Monday, November 22, 2010

koleksi pertama . .:)

Belakang kampungku yang tercinta . .
Salam semua , saya buatkan kenangan-kenangan foto bersama rakan-rakan . . . Sebelum tu maaf gambar banyak blum upload lagi . . Ni sekadar mencuba sahaja . Yang tidak ada di foto tersebut jangan lah marah . . Jangan kata saya tidak mengingat anda . . Saya ingat sahabat handalan saya semua dan saya rindu korg teramat-amat . . mhuaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh . .

Saturday, November 20, 2010

F R I E N D S H I P 1 :)


Gambar di atas adalah gambar kenduri Kak Long Rizal di Rembau . Gambar ini selepas kami siap kerja waktu kenduri . Berdiri dr kiri Saiful(labuan)ell(sabah)Zaki(negeri sembilan)rey(sabah)Epull(Johor)Fauzi(Perak),Duduk dr kiri Sarjent pendek(negeri sembilan)abg yusuf(Kedah)rizal(negeri sembilan)dan yang duduk itu mesti lah aku . . haha . . KAMI mmg mcm adik beradik sebab kami semua satu kolej . . aku rindu korunk semua . . i <3 YOU ALL


Gambar ini aku bersama Safuaan Jappar . .Dia ini berasal dari Jengka,Pahang . .Kalau korunk nak knl dia blh gtaw aku . . Nanti aku bg no dia . . Dia ni mmg ngam gila dgn aku . . Dia ni bnyk bantu aku waktu aku kat kolej dan tempat kerja dulu(Puteri resort).. Kitaorg ni mmg kepala gilaa . . sapuan i love u brother . .:)

Gambar diatas menunjukan aku bersama band aku di kolej . . Waktu ini kami perform di M.I.T.C  . Waktu ini kami di jemput main lagu tradisional . . Dari kiri ika-Danny-kecik-badang-zack-pizul-imam-kie-anuar-amir , Yang depan dr kiri shima-rey-rizal .. Sweet memory . .


Ni namanya Firdaus zubiir . . Dia ni bnyak tlg aku waktu aku main marching band n waktu aku dan dia bersukan tenpin boling sukan teras perak . . Dia ni boleh di kata nerd waktu dulu , tapi sekarang dah jadi prof kottt . . haha . . Pew-pew hal i love bro . . haha:)


Cerita ni plak , haha , kiri sekali fahmi-haikal-Danny . . Kami ni pekerja puteri resort dulu . .Macam-macam kenangan siot . . hahah . . The Best ..


Yang kiri tuh fahmi-tqka-kak.ayu-Danny-ayu . . diaorg ni student ptpl s.alam . . tapi diaorg sporting . . Kami Jalan kaki satu hari di melaka sampai rasa nk ptus kaki ni . . haha . . Fahmi ni pendiam , tp mulut dia kalah AZWAN ALI . Tyqa pulak seseorang hyperaktif . . Kak ayu pulak kaki yg di bodek(aku n kecik la selalu bodek) hahah:),n ayu ni mcm tyqa ( diaorg ni blh msuk team wonderpet) . .hahah:)


Ni kos landskap n batch aku kaum ADAM . hhaaaha. Kiri sekali abg.lan-rey-fauzi-abg.fendi-rizal-sapuan-Danny . . Kami telah bnyk bantu pihak kolej membuat projek . . . Tp kami semua penyamun landskap . . haha:)


Ni waktu konvo n kos aku . . nk sebut sorg2 mmg patah lidah aku . . haha:) . . Apa-apa aku plg nsome kat situ . .hahah:) . .Aku akan merindui korg . . Maafkan aku jika aku ada buat salah . .


Ni pewaris dorm jebat di kolej aku . . Ni majlis tak rasmi . . tak mengena dgn ranting , no , baju ,bebaiah semua . . harap maklum . .


NI lah Kehidupan saya . . saya syg sgt2 dkat kawan-kwan saya . . meraka adalah jantungku . . ramai lagi saya akan upload . .

F I R S T T I M E & B I O G R A F I



Hey all , Selamat Datang KE-Dunia Danny . . Nama yang selalu mummy saya panggil ialah Danny or Dino . . So Korang semua boleh pilih nak panggil aku apa(jangan panggik aku mcm binatang sudah) . . haha:) . . Saya ni suka benda yang mistik dan mencabar(dalam hati takut jugaa) . . haa:) . .Saya Graduan IPTS di Melaka . . Saya juga peminat no 1 RED DEVILS . . Saya juga minat pada barang-barang lama tak kisah motor ke kereta ke basikal ke baju ke kasut ke jam ke dan berapa banyak lagi ke ke lah . .hahahahah:) . . Saya ni boroi sbb suka makan cokelat . . haha . . Saya gelap sbb saya suka jalan pada tengahhari . . Saya comot sbb saya tidak mengikut fesyen terkini . . Saya cuma Simple . . Kemudian , saya ni paling kuat tidur . . Sebab The BEST tidur selepas makan cokelat kenyang-kenyang . . haaha . . Ohkay la . . Setakat ini lah saya tulis bio saya . . Nak kenal lagi sila add facebook saya dinomiqdad@yahoo.com . salam .(%)